UA-232415998-2

Jenis Buah : Asam Gelugur atau dikenali sebagai Asam Keping (Garcinia atroviridis) Asam gelugur adalah sejenis buah yang boleh diperolehi dari pokok asam gelugur. Gambar di atas menunjukkan pokok asam gelugur. Jika diperhatikan dari segi morfologinya, pokok asam gelugur lebih tinggi dari pokok-pokok yang lain dan ketinggiannya boleh mencecah 10 hingga 15 meter. Penggunaan Buah : Masakan, kecantikan dan kesihatan Popular digunakan sebagai ramuan dalam pelbagai resipi masakan seperti masak lemak, singgang, laksa, asam pedas dan resipi tradisional yang memerlukan rasa masam yang cukup sedap. Menurut kajian tertentu, jus minuman dipercayai dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik. Rasa masam buah gelugur yang unik dapat menambah kelazatan masakan. Daun gelugur yang masih muda dan berwarna kemerahan sering juga dijadikan ulam dan penyedap rasa dalam resipi masakan lauk pauk. Rasa daun dan bunga mempunyai rasa lemak-lemak, sedikit manis, sedikit masam kelat manakala buahnya pula rasa masam jika dimakan. Buah dan pucuknya bersifat sejuk. Terdapat amalan tradisional buah asam gelugur ditumbuk halus bersama ramuan lain atau direndam di dalam cuka dan disapu pada tubuh wanita selepas bersalin untuk mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil. Cara proses penyediaan asam gelugur: Basuh buah sehingga bersih dan tos. Potong buah nipis dan terus jemur dibawah terik matahari ( 3- 4 hari) Tips simpanan: Simpan dalam peti sejuk setelah betul- betul kering dan dalam bekas dan tempat kering agar ia lebih tahan lama. Sumber Rujukan Penyelidikan dan Laporan ( URBAN RESEARCH LAB) 2022. The Encyclopedia of Plants. Malaysia (1998) Archipelago Press. Hassan, Dr. W. E. (2006). Healing Herbs of Malaysia.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

BUAH ASAM GELUGUR/ GARCINIA ATROVIRIDIS/ 阿薩姆格魯古爾水果